EN. ALI BIN OMAR
Pengarah Urusan
Alamat
|
:
|
Jeruk Madu Pak Ali
Lot 652-655,
Kawasan Perindustrian IKS Perda-Tasek,
14120 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang
|
Tel
|
:
|
(04) - 588
3781
|
Faks
|
:
|
-
|
E-mel
|
:
|
pakalifood@gmail.com
|
Laman Web
|
:
|
En. Ali Omar yang berusia 67 tahun
anak kelahiran Sungai Ara Pulau pinang, adalah seorang anak kampung yang
merasakan dirinya penuh kekurangan kerana buta huruf. Tetapi dengan kekurangan
itu beliau merasakan ianya bukanlah halangan untuk Berjaya bergelar sebagai
usahawan melayu yang berjaya dalam produk makanan dan Berjaya membekal dan
mengeksport produknya bukan sahaja dalam Negara malahan pasaran luar Negara seperti
Afrika Selatan, England dan Arab Saudi.
Dalam kemajuan perniagaan dan perusahaan, beliau juga turut memberi peluang kepada anak-anak muda lain yang ingin menceburi bidang perusahaan dengan member tunjuk ajar dan dorongan, ini terbukti apabila Kilang Pak Ali Food Industries kini sering menjadi tempat tumpuan pelajar-pelajar membuat kajian tentang bidang keusahawanan terutamanya dari institusi pengajian tinggi seperti UiTM, USM, UUM, Politeknik-politeknik, Kolej-kolej dan lain-lain di kawasan utara. Perkembangan ini dirasa kan amat baik memandangkan pihak universiti dan kolej kini memberikan penekanan yang lebih tentang bidang keusahawanan kepada penuntut-penuntutnya sejak dari awal lagi. Perusahaan jeruk madunya itu turut membantu 30 ibu tunggal yang tinggal di Kampung Cempedak sekitar Tasek Gelugor, menambah pendapatan mereka. Beliau berkata, setiap individu yang mengupas kulit buah mempelam, akan menerima upah RM30 sehari kerana setiap hari beliau memerlukan kira-kira 10 kilogram (kg) buah mempelam yang telah dikupas kulitnya.
Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali dijalankan sejak tahun 1985 secara kecil-kecilan di rumah, dan mula dikomersialkan pada tahun 2007, di bawah syarikat Kunci Kreatif, bermula dengan modal RM15,000 kini mempunyai modal pusingan lebih RM300,000. Syarikat ini juga merupakan satu-satunya kilang jeruk bumiputera yang menghasilkan jeruk secara komersil. Produk (jeruk) dibawah bimbingan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Kementerian Pertanian (MOA), Jabatan Pertanian, FAMA dan MARA. Bahan mentah untuk menghasilkan jeruk yang dihasilkan memerlukan buah-buahan yang dipajak terus dari ladang-ladang seperti ladang mempelam sala di Perlis. Ladang pajakan beliau kini dianggarkan seluas 20 hektar. Hasil komersial jeruk seperti mempelam, kelubi, cermai, pala, rokam dan buah salak mampu menjana ekonomi penduduk setempat. Terdapat lebih 30 jenis jeruk basah dan 50 jeruk kering. Juga terdapat produk-produk untuk membuat acar buah.

Keunikan dan kelebihan Jeruk Madu Pak Ali
- Menggunakan gula pasir (tiada ibu gula)
- Tambahan madu lebah asli
- Menggunakan cuka epal (baik untuk kesihatan dan kecantikan)
- Tidak banyak bahan pengawet (10 liter air hanya 30 gram sodium bonzaid yang boleh dicampurkan)
- Sesiapa yang makan Jeruk Madu Pak Ali tidak akan batuk dan tidak sakit tekak
- Diusaha dan diproses menggunakan buah-buah kampung – dapat membantu orang-orang kampung menambah pendapatan.
- Mendapat sijil pengesahan HALAL JAKIM (JAKIM/ (S)/ (22.00)/492/2/1039-12/2010)
Keistimewaan jeruk keluaran Pak Ali ialah ianya tidak menyebabkan seseorang batuk seperti jeruk lain yang terdapat di pasaran. Dalam mengeluarkan penghasilan jeruk perlu menitik beratkan soal kesihatan juga kerana jika kita memasukkan sodium bonzaid secara berlebihan, ia boleh mendatangkan mudarat. Selain boleh menyebabkan penyakit kanser, penggunaan bahan tersebut secara berlebihan juga boleh mengundang penyakit lain seperti buasir. Jadi, sukatan yang betul amat penting.
Bagi memastikan kualiti produk terjamin, pembungkusan produk kini dibuat didalam bilik berhawa dingin. Pekerja yang terlibat juga memakai penutup mulut dan sarung tangan semasa proses pembungkusan dijalankan. Larutan gula dibuat dengan menggunakan air yang ditapis, di didihkan dan disejukkan ke suhu 70 C sebelum ianya digunakan. Kandungan gula disukat dengan menggunakan mesin Agato Digital Refractometer untuk memastikan sukatan yang dilakukan adalah tepat. Dengan melalui proses ini ianya dapat memanjangkan lagi jangka hayat jeruk yang sebelum ini jangka hayat maksimum 4 bulan.
KONSEP PERNIAGAAN DAN PELUANG KEPADA PENGEDAR /
PERUNCIT
- Mengamalkan konsep jualan terus kepada pelanggan, “Cuba dulu Baru Beli”.
- Pengedar/peniaga/peruncit amat dialu-alukan, modal anggaran RM500 (40kg jeruk) dan memperoleh keuntungan diantara 40-50%.
- Terdapat lebih dari 30 produk jeruk basah dan kering yang boleh dipilih.
- Pengedar/peniaga diberikan kebebasan untuk menentukan kaedah/cara jualan, sekiranya melibatkan sewaan tapak premis, ianya adalah tanggungan pengedar/peniaga sendiri.
- Potensi pasran yang besar adalah disebabkan ianya merupakan produk yang suci, bersih dan halal.
Sumber: