Solar Bank




Aktiviti minggu ini ialah, syarikat kami telah ditugaskan untuk mencipta satu produk yang bersesuaian dengan suasana padang pasir yang dalam keadaan panas. Daripada suasana dan keadaan disana syarikat kami telah bersepakat mencipta satu produk yang bernama Solar Bank.

Solar Bank ialah sama fungsi seperti Power Bank, ianya diinovasikan dengan cara mendapatkan tenaga elektrik dan tenaga simpanan itu adalah datangnya dari kuasa solar. Ini kerana suasana di kawasan gurun dan padang pasir sememangnya panas, oleh yang demikian, penggunaan kuasa solar untuk mengisi semula kuasa bateri Solar Bank adalah bersesuaian kerana tidak melakukan pembaziran kepada kuasa sedia ada.

Hasil daripada kajian ini juga, Solar Bank kami juga sesuai digunakan di kebanyakkan negara, ini kerana, selain daripada bateri boleh dicaj semula menggunakan kuasa solar, ianya juga boleh dicaj menggunakan soket elektrik biasa.

Solar Bank kami didatangkan dengan pelbagai soket (multi soket) iaitu untuk kegunaan pelbagai produk elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya.

Proses penerangan kemajuan produk kami juga telah diterangkan oleh CEO kami iaitu Ir. Kamal Arif dan juga CMO kami iaitu Dr. Muhammad Syafiq.

Pihak syarikat kami juga telah melakukan kajian pasaran dan berjaya mendapat tempahan dari beberapa buah negara yang ingin membeli produk kami.