Pembiayaan Perniagaan





Organisasi:          Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Alamat:                 MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Ibu Pejabat Mara 21,

Jalan Raja Laut,

50609 Kuala Lumpur

Tel : 03-2613 2000

Fax : 03-2691 5475

                                Email : webmaster@mara.gov.my

                                Website : www.mara.gov.my
Senarai Skim Pembiayaan:

Kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan adalah meliputi sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan konsep Islam seperti berikut : -

1. Pembuatan

Contoh :-Perusahaan perkilangan / industri berasaskan ;-
  • Fabrikasi logam;
  • Elektrik dan komponen elektronik;
  • Makanan dan minuman;
  • Plastik;
  • Tekstil pakaian dan kulit;
  • Percetakan dan penerbitan;
  • Telekomunikasi;
  • Memproses hasil pertanian;
  • Lain - lain.


2. Perdagangan


Contoh :- Melibatkan urusan jual beli barangan seperti :-
  • Pasar mini ( mini market);
  • Peruncitan;
  • Pemasaran keluaran barangan makanan dan minuman;
  • Penjualan perabot;
  • Pemasaran hasil pertanian;
  • Pengendalian stesen minyak;
  • Lain - lain lagi.


3. Perkhidmatan


Contoh :- Melibatkan urusan jual beli dalam perkhidmatan yang diberikan seperti :-
  • Guaman;
  • Klinik;
  • Perkhidmatan menyediakan makanan (restoran / kedai makan);
  • Kedai gunting rambut (lelaki dan wanita);
  • Kedai jahitan;
  • Lain - lain lagi.


4. Pemborongan


Contoh :- Meliputi kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan seperti :-
  • Membina bangunan;
  • Membuat jalan;
  • Ubahsuai bangunan;
  • Pendawaian elektrik;
  • Lain - lain lagi.







KAEDAH DAN KONSEP
 Kaedah / Konsep
1. AL BAI - BITHAMAN AJIL
Maksud : Jualan dengan harga tangguh



Pembiayaan boleh digunakan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank. (Bank Guarantee).
2. AL – MURABAHAH
Maksud : Jualan dengan tambang untung
Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang - barang separuh siap, barang - barang siap dan kelengkapan alat ganti.
3. AL – IJARAH
Maksud :Pajakan atau sewaan



Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa peralatan tersebut daripada MARA . Setelah bayaran sewa diselesaikan, peralatan berkenaan dipindahmilik kepada pelanggan.
4. BAI AL – INAH
Maksud : Menjual Sesuatu Barangan Dengan Harga Tangguh Kepada Pembeli
Konsep ini khusus bagi kegunaan belanja mengurus (overhead) sahaja, seperti membayar gaji, sewa premis, elektrik dan air.
5. MUSYARAKAH MUTANAQISAH
Maksud : Perkongsian di bawah kontrak Musyarakah Islam diantara MARA dan Pelanggan mengikut Perjanjian ini yang mana salah satu pihak berhak untuk menebus balik kesemua pegangan syer pihak yang satu lagi dalam perkongsian mereka.
Konsep ini digunapakai dalam Skim Pembiayaan Premis Komersial.




SKIM PEMBIAYAAN


 SKIM
Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP) Skim Pembiayaan Komersial Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
Skim ini merangkumi pembiayaan untuk projek perdagangan, perkhidmatan, pembuatan dan pengangkutan. Skim pembiayaan ini bagi tujuan : -

i) Pembelian Premis Perniagaan yang bertaraf kekal dan siap dibina.

ii) Pembinaan Premis Perniagaan di atas tanah milik sendiri.
Pembiayaan untuk kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan kerja-kerja elektrik. Pembiayaan meliputi pemborong kelas F, E dan D bagi kerja-kerja agensi awam. SJUM merupakan satu kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera yang terpilih. Melalui skim ini MARA bekerjasama dengan bank komersial (BMMB) yang menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin.
HAD PEMBIAYAAN
Syarikat Milik Tunggal/ Perkongsian



sehingga RM250,000.00


Syarikat Sendirian Berhad



sehingga RM500,000.00
Syarikat Milik Tunggal/ Perkongsian



sehingga RM250,000.00


Syarikat Sendirian Berhad



sehingga RM500,000.00
sehingga RM500,000.00
Jaminan dari RM500,000.00 sehingga RM 2 Juta.
SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia keturunan Melayu atau Bumiputera;
  • Umur 18 tahun ke atas;
  • Pengalaman / pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi;
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  • Sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek;
  • Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran daripada pihak berkuasa;
  • Dapat mengemukakan cagaran / jaminan yang mencukupi;
  • Perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada 6 bulan.
  • Menjalani Ujian PSIKOMETRI (kecuali skim SPiKE)

TEMPOH / KADAR KEUNTUNGAN

Bayaran Ansuran Pembiayaan
 Skim
 Kadar Keuntungan
Amaun
Tempoh
RM 10,000 Ke Bawah
1 - 4 Tahun 
SPPP
4 % setahun
RM 10,001 Hingga RM 50,000
1 - 5 Tahun
SPPP
RM 50,001 Hingga RM250,000 
1 - 10 Tahun
SPPP
RM250,001 Hingga RM500,000
1- 15 Tahun 
SPPP
Sehingga RM500,000
Maksimum 20 tahun
Premis Komersial
Sehingga RM500,00
Mengikut Jangkamasa Kontrak
SPiKE
6 % setahun
RM500,001 HINGGA RM 2 juta
Tempoh Jaminan sehingga 15 tahun
SJUM
Mengikut Kadar Keuntungan Bank Komersial








CARA MEMOHON
Set Borang Yang Lengkap :-

SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK EKSPRES (SPiKE) DAN SKIM PEMBIAYAAN PENINGKATAN PERNIAGAAN (SPPP)



SILA DAPATKAN BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN DI PEJABAT MARA DAERAH / NEGERI YANG BERHAMPIRAN DENGAN TUAN PUAN.




1.  Borang Permohonan Pembiayaan Perniagaan


2.  Borang Maklumat Peribadi

3.  Borang Jaminan/ Borang Cagaran

4.  Senarai Semak Permohonan Pembiayaan

BAYARAN PEMPROSESAN


 Jumlah Pembiayaan  
 Kadar Bayaran
RM5,000
RM    5
RM 5,001 hingga RM 20,000  
RM   20
RM 20,001 hingga RM 50,000 
RM   50
RM 50,001 hingga RM 250,000 
RM   100
RM 250,001 ke atas
RM   200
SKIM JAMINAN USAHAWAN MARA (SJUM)

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan rancangan perniagaan kepada bank komersial yang berhampiran.
  • BAHAGIAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA
  • BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (BMMB)



PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)
Apa itu Rancangan Perniagaan                        

1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Tujuan

Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sedia ada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

1.Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.

2.Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.

3.Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.

4.Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.

5.Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan

1.Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan                   

2.Statistik

3.Data ekonomi

4.Data perdagangan

5.Penyelidikan pasaran

 Kandungan


 1.
 Jadual kandungan  7.  Rancangan organisasi/pengurusan
 2.  Ringkasan eksekutif /sinopsis  8.  Rancangan pemasaran
 3.  Pengenalan  9.  Rancangan pengeluaran/operasi
 4.  Tujuan Penyediaan 10.  Rancangan kewangan
 5.  Latar belakang perniagaan/syarikat 11.  Jadual pelaksanaan projek
 6.  Latar belakang pemilik 12.  Rumusan

JAMINAN / CAGARAN
 Jaminan yang yang diterima/disyaratkan oleh MARA adalah seperti berikut :-

1.Jaminan Orang Perseorangan (Bermajikan)

    •    Kakitangan Sektor Awam

    •    Kakitangan Sektor Swasta

Atau

2.Tanah

    •    Bebas dari sekatan

    •    Milik Sendiri

    •    Milik Ibu/Bapa/Saudara

Atau

3.Gabungan Penjamin & Tanah

Jaminan Tambahan:-
  • Jaminan Ahli Lembaga Pengarah untuk Syarikat Sdn. Bhd.
  • Surat Ikatan Serahak bagi Pembiayaan Kontrak
  • Perjanjiaan Debenture bagi Pembiayaan RM250,001 dan ke atas





ALIRAN PROSES PERMOHONAN PEMBIAYAAN





Ibu Pejabat:

Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA)

Ibu Pejabat Mara 21,

Jalan Raja Laut,

50609 Kuala Lumpur

No. Telefon : 603-2613 2000

No. Faks : 603-2691 5475