Flexible Vacuum



[ Demonstrasi Melalui Video ]

Syarikat kami telah diberikan cabaran iaitu mencipta produk BlueOcean daripada lambakan produk yang ada dalam pasaran RedOcean. Setelah semua Ahli Lembaga Pengarah bermesyuarat, syarikat kami telah bersepakat mencipta dan mengeluarkan produk Flexible Vacuum.

Produk yang dihasilkan ialah bertujuan memudahkan semua surirumah dan pekerja syarikat pembersihan untuk membersihkan kekotoran di kawasan yang sukar dibersihkan dan kawasan yang sukar dicapai.

Ciri-ciri yang ada dalam produk kami ialah:
1.   Pemegang boleh dilaras iaitu boleh dipendek dan dipanjangkan mengikut kesesuaian boleh membersih kawasan yang tinggi dan kawasan yang sukar dicapai.
2.   Pada kepala penyedut terdapat berus bermotor yang mampu membersihkan kotoran yang sukar dengan menghidupkan suiz motor berus berkenaan.
3.   Pada kepala penyedut juga terdapat lampu yang memudahkan pengguna melihat kawasan yang gelap dan sukar dicapai.
4.   Motor vacuum ini juga mempunyai kuasa sedutan yang kuat sehingga mampu menyedut barang seberat 1.8kg.
5.   Produk ini juga adalah vacuum sedutan multifunction iaitu mampu menyedut kotoran berupa cecair.

Hasil produk kami telah diterangkan kepada semua pembeli oleh CMO kami iaitu Dr. Muhammad Syafiq dan CEO kami Ir. Kamal Arif, penerangan ini juga dibantu oleh CFO kami iaitu Dr. Eddie Fadzwan yang membuat demonstrasi berkenaan produk kami dan menerangkan kos produk berkenaan.

Produk kami ialah produk mampu milik semua golongan, ini kerana harga produk kami ialah dalam lingkungan RM149 (harga promosi)