Produk: ‘Molecular Property Spectrometer (MPS)’ - Pemeriksa Kestabilan Protein
Differential scanning calorimetry (DSC) adalah kaedah biasa untuk mencirikan kestabilan protein,
tetapi telah dihadkan oleh kadar imbasan perlahan sehingga satu jam setiap sampel, seperti memerlukan sejumlah
bahan contoh yang mahal. Pemampat, mengaliran melalui pengesan yang dibangunkan
oleh pasukan yang diketuai oleh NevadaNano boleh menawarkan penyelesaian
dengan mengaktifkan jumlah-kecil, pemprosessan-tinggi
pemeriksaan kestabilan protein.
Molecular Property Spectrometer (MPS) adalah pengesan-berganda, cip silikon tunggal mampu mengukur sifat molekul asas pepejal, cecair dan wap sampel. Dengan menggunakan beberapa teknik, seperti DSC, chemisorption dan analisis termogravimetri, dalam peranti yang sama, MPS mencapai kekhususan lebih tinggi dan kadar positif-palsu yang lebih rendah semasa mengenal pasti sampel yang tidak diketahui. Dengan beberapa mineral pasir tasik, cip mengandungi tetingkap aliran melalui lebar dua rambut manusia dibungkus dengan pemproses dwi-teras. Sistem pengendalian khas dan elektronik untuk mengesan dan menangkap data untuk melengkapkan reka bentuk, untuk menambah baik pemindahan sampel dan kecekapan interaksi. Kadar pemanasan jumlah-kecil adalah 750 kali lebih cepat daripada cecair kalorimeter yang paling cepat, dan jumlah sampel adalah lebih 100 kali lebih kecil daripada yang digunakan dalam lain-lain alatan boleh didapati secara komersial. Kumpulan Pembangunan Molecular Property Spectrometer (MPS): Jesse Adams, Principal Developer, NevadaNano Ralph Whitten, NevadaNano Lee Deal, NevadaNano Ben Rogers, NevadaNano Steven Malekos, NevadaNano Steve Myers, Mindtribe Adam Rothschild, Mindtribe Jerry Ryle, Mindtribe Mike Ho, Mindtribe Dave Halbert, IP Solutions Gary Marks, IP Solutions Dave Mora, IP Solutions Barry Wise, EigenVector Research Inc. Neil Gallagher, EigenVector Research Inc. Randall Bishop, EigenVector Research Inc. |
|
|
Produk: ‘Penaeus Mondon’ – Pembungkusan Kering Udang Harimau
Udang harimau hidup yang dibungkus
secara kering di dalam habuk papan yang dingin dan disinpan pada suhu rendah
dapat bertahan sehingga 24 jam. Teknik ini membolehkan lebih banyak udang dapat
diangkut pada satu-satu masa dan dengan itu dapat mengurangkan kos
pengangkutan.
Kajian ini memperlihatkan keupayaan
udang yang dibungkus secara kering untuk terus hidup semasa pengangkutan udara
dari Kuala Lumpur ke Hong Kong selama 12 - 14 jam bermula dari waktu permulaan
sehinggalah sampai ke destinasi.
Info lanjut sila Hubungi: Bahagian
Penyelidikan MARDI
|
|
Produk: Pengeluaran Jus Tropika Jernih
Teknologi
pengeluaran jus jernih daripada buah-buahan tropika telah dihasilkan.Jus
buah-buahan jernih telah dihasilkan daripada beberapa jenis
buah-buahan tropika seperti belimbing, nenas, tembikai wangi, jambu
batu, pisang dan lain-lain.
Jus jernih
yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri perasa dan rasa seperti buah-buahan
tersebut serta mempunyai nilai pH 2.5 - 5.8 dan pepejal larut 8 -
12 'Brix
|
| Produk: ‘Greenfinity TM’ - Pengecas Telefon Bimbit Menggunakan Tenaga Suria
Profesor Madya di Jabatan Elektrikal, Elektronik dan
Sistem Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu bertekad mencipta
pengecas murah untuk menolong mereka – lantas diciptanya pengecas kecil
mengguna tenaga suria diberi nama Greenfinity TM.
Alat berukuran 19 sentimeter x 36.5 sentimeter ini bukan
saja mampu mengecas telefon bimbit malah tenaga keterbaharuan di simpan dalam
bateri kecilnya mampu digunakan untuk memasang lampu menerangi malam.
Ia turut mampu membekalkan tenaga menggerakkan peralatan
elektronik kecil. Dijual dengan harga RM150 sebuah hampir 500 sudah pun dijual
sebahagian besarnya di Bangladesh.
Alat itu mempunyai jaminan boleh pakai sehingga 25 tahun
dan boleh mengecas dua telefon bimbit serentak memakan masa dua jam setengah
atau sejam kiranya sebuah telefon di cas.
Pengecas itu direkabentuk untuk membolehkan pelbagai
jenis telefon dicas memandangkan penyambung alatcas telefon berbeza seperti
penyambung khas untuk Nokia, mini USB dan penyambung untuk Sony-Ericsson.
Ia juga mempunyai sambungan tambahan berbentuk klip untuk
mengecas bateri berkekuatan enam voltan. Ini membolehkan pemiliknya menikmati
bekalan elektrik tersimpan pada waktu malam untuk memasang lampu yang
menggunakan enam voltan kuasa.
Pengecas ini menggunakan bahan elektronik kekal dan
komponen pasif yang membuat ia tahan lama tanpa mengeluarkan isyarat gangguan
kepada telefon bimbit.
Panel suria pengecas ini diperbuat daripada poli kristal
silikon 5Wp bersaiz 19 sentimeter x 36.5 sentimeter disahkan oleh TUV yang
memberikannya jaminan selama lebih 20 tahun. Alat pengawal elektronik di
belakang pengecas ini dijamin selama lima tahun.
Info lanjut sila Hubungi: Dr Nowshad Amin
Alamat : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 Bangi, Selangor, Malaysia. |
| Produk: ‘Car4u’ - Kereta Berkerusi Roda
Car4u
memaparkan sebuah kereta dilengkapi tanjakan pada bahagian belakang untuk
memudahkan orang berkerusi roda masuk. Kereta itu yang menggunakan tenaga solar
juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.
Reka bentuk
Car4U menunjukkan keprihatinan terhadap persekitaran dan adalah suatu usaha
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi orang kelainan upaya. Ia menyediakan
penyelesaian yang kreatif dan boleh merapatkan jurang antara kebolehan orang
biasa dengan mereka yang cacat.
Kumpulan
Pembangunan Produk : Muhammad Syafiq Megat Jiwa, Muhammad Syakir
Zahar Azlan dan Muhammad Waseem Abdullah |
|
Produk: Cilibangi
Cilibangi
sejenis cabai yang dihasilkan oleh seorang saintis UKM pada tahun 1987 yang
terkenal kerana rasanya yang amat pedas tetapi lazat dihasilkan oleh pakar
pembiakbakaan, Prof Madya Dr Ahmed Mahir bin Mohamed Mokhtar Bakri, 63.
Keistemewaan
cabai ini bukan saja rasanya pedas apabila digigit atau dimasak malah
memegangnya juga membuat kita macam terasa pijar – itulah penangan Cilibangi 3.
Info lanjut sila Hubungi: Dr Ahmed Mahir
Alamat : Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 Bangi, Selangor, Malaysia. |
|
Produk: Pembungkus Plastik Mesra Alam
Mengambil
inisiatif untuk mewujudkan ‘situasi menang-menang’ di antara kempen kerajaan
dan juga masyarakat, Prof. Madya Dr. Rahmah Mohamed bersama pelajarnya, Amir
Fakhrul Islam Abdullah, telah menghasilkan ‘Bahan Penguraian Plastik Mesra
Alam’ untuk pelbagai jenis industri pembungkusan.
Mereka
telah menghasilkan bahan penambah pengurai polimer dari sumber semulajadi yang
boleh dicampurkan dalam polimer sintetik atau bio-uraian yang biasa digunakan
oleh industri polimer sekarang. Bahan penambah pungurai polimer ciptaan mereka
ini membantu mempercepatkan proses penguraian plastik sehinggga dua bulan
sahaja berbanding bahan plastik biasa yang mengambil masa puluhan tahun untuk
mereput atau terurai. Plastik yang dihasilkan menggunakan produk inovasi mereka
mampu terurai melalui haba, kelembapan dan cahaya matahari.
Oleh
yang demikian, produk ini merupakan alternatif terbaik bagi mengatasi masalah
limpahan sampah dari bahan plastik di pusat pelupusan sampah. Bukan itu sahaja,
ia juga dapat mengurangkan masalah pencemaran bahan plastik di Malaysia
sekaligus mengatasi kesan sampingan yang terhasil dari bahan penambah pengurai
polimer yang lain.
Info lanjut sila Hubungi: Prof. Madya Dr.
Rahmah Mohamed
|
|
Produk: ‘BananaSorp’ – Penyerap Minyak
Hasil
penyelidikan inovatif Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Hanafi
Ismail dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral bersama
Profesor Dr Noor Aziah Abdul Aziz (Pusat Pengajian Teknologi Industri) dan
Prosefor Dr Fauziah Ahmad (Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam).
Dr Hanafi berkata, inovasi daripada gabungan sisa pokok pisang dan sisa buangan getah mencipta sejenis bahan bio penyerap minyak untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar akibat tumpahan minyak di permukaan air atau darat. Menurutnya, bahan bio penyerap itu dihasilkan daripada sisa pokok pisang termasuk daun dan pelepah yang reput. Manakala, sisa buangan getah terdiri daripada tayar, tiub motosikal, sarung tangan getah, paip getah, kasut getah dan getah sekerap yang dikatakan tidak akan terurai atau susah untuk dilupuskan.
Dr
Hanafi berkata, cara menggunakannya cukup mudah dengan hanya menaburkan serbuk
berkenaan di permukaan air atau permukaan darat yang mana mampu menyerap
minyak.
“BananaSorp dalam bentuk serbuk itu adalah ringan daripada berat asalnya di samping tidak menyerap air serta sentiasa terapung di atas permukaan air yang memudahkan ia dikutip semula” kata nya lagi.
Info lanjut sila Hubungi: Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber
Mineral (USM)
|
|
Produk : ‘SchoolTrac’ – Cip Cegah Ponteng
Sekolah
dan ibu bapa kini tidak perlu bimbang pelajar ponteng sekolah jika menggunakan
produk Schooltrac yang akan mengirim maklumat pergerakan murid dan anak mereka
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel.
Menerusi
sistem itu, murid akan dibekalkan dengan kad pelajar SchoolTrac menggunakan
frekuensi radio yang mampu mengesan pergerakan keluar masuk murid melalui pagar
sekolah ketika waktu persekolahan.
Kad
Schooltrac mengandungi cip dan disambungkan serta dipantau terus ke pusat data
sekolah untuk memaklumkan guru dan penjaga mengenai status kehadiran pelajar
menerusi emel atau SMS.
Ia
menggunakan teknologi Korea tetapi penyelidikan dan pembangunan (R&D)
dilaksanakan di Malaysia oleh ABRA Corp sendiri.
Info lanjut sila
Hubungi:
ABRA Corp Sdn Bhd (03-7842 8202)
Jln Pju 1a/46, Pusat Perdagangan Dana 1, 47301 Petaling Jaya, Selangor |
Produk : Mesin Membakar Sate
Mesin hasil
ciptaan MARDI ini mampu menghasilkan sehingga 800 cucuk sate dalam sejam.
Uniknya dengan mesin sate ini, pengguna hanya perlu meletakkan
daging atau ayam di acuan untuk dicucuk sebelum ia dibakar dalam masa lima
minit dan jangan terkejut kerana R&D ini mampu membakar 20 cucuk sate dalam
satu sesi.
|
Sumber :
- MARDI
- Berita Harian
- Laman Sesawang UKM
- Sumber Power Chip
- MASTIC
- ABRA Corp Sdn Bhd
- USM