KFC (Kentucky Fried Chicken)

KFC memang terkenal, tetapi tahukah anda apa cerita di sebalik kejayaan KFC? Selama ini kita hanya makan ayam goreng KFC itu tanpa mengetahui asal usulnya. Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih, berjanggut putih, berkacamata, dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih. Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah antara restoran franchais paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Pastinya nama KFC dan rangkaian restorannya meniti dari bibir ke bibir. Di Malaysia, rangkaian Restoran Makanan Segera Barat KFC merupakan jenama paling terkenal di samping khidmat mesra pelanggannya. Setelah sekian lama kewujudannya di Malaysia, jutaan pelanggan telah mengunjungi rangkaian restoran ini untuk menikmati hidangan yang menyelerakan, layanan mesra kakitangannya serta suasana hiasan dalaman yang mendamaikan.
Colonel Harland D. Sanders2 6 Fakta Sejarah KFC Yang Kita Jarang Ketahui
Dalam entri ini, saya nak berkongsi beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia.
1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.
2. Pada tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.
3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.
4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan “Kentuck Colonel”.
5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk franchaising bisnes ayam gorengnya.
6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.

Sejak pembukaan restoran pertama KFC di Malaysia pada tahun 1973, sambutan masyarakat negara ini terhadap resipi Colonel Sanders ini sangat menggalakkan. Sambutan ini mengalakkan KFC Malaysia membuka lebih banyak restoran dari masa ke semasa. Kini KFC Malaysia berbangga mempunyai 420 buah restoran dan empat kedai pelbagai-jenama (multibrand stores) yang beroperasi di Malaysia, Singapura dan Brunei. Rangkaian restoran ini menawarkan pelbagai jenis dan rasa masakan ayam yang “sedapnya hingga menjilat jari”, di samping burger, snek dan beberapa hidangan sampingan. Rasa dan mutu masakan KFC memang berbaloi dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Di sini, pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis pilihan makanan yang sesuai dengan selera semua peringkat umur.

Kesemua anugerah yang diterima sejak beberapa tahun lalu merupakan bukti kejayaan cemerlang KFC Malaysia serta bukti pengiktirafan antarabangsa terhadap mutu hidangan dan perkhidmatan rangkaian restorannya.

Sebagai peneraju pasaran, KFC Malaysia terus mengkaji perkembangan dan arah aliran pasaran, bagi mengenal pasti peluang-peluang baru yang boleh diteroka dalam usaha meningkatkan keuntungan.

Dalam usaha menjana pasaran dan pulangan yang lebih lumayan, Kumpulan QSR membelanjakan jutaan ringgit setiap tahun untuk tujuan pengiklanan, promosi dan lain-lain program sokongan pemasaran. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna, sekaligus meningkatkan pembelian mereka terhadap produk-produk yang ditawarkan. 

Kesemua iklan KFC yang dimuatkan di radio dan televisyen memaparkan restoran KFC sebagai restoran makanan segera-untuk-keluarga, dengan konsep ceria, girang dan menyeronokkan. Pada setiap masa, iklan-iklan berkenaan dipersembahkan dengan penuh berhati-hati serta mengambil kira sasaran kategori pelanggan atau penontonnya.

Sementara itu, bagi meningkatkan hubungan yang mantap lagi berpanjangan dengan kanak-kanak, KFC Malaysia mengambil inisiatif menerbitkan rancangan televisyen kanak-kanak ‘KFC Hour’ . Rancangan ini terbukti sangat berkesan dan mendapat pengiktirafan sebagai salah satu rancangan kanak-kanak paling popular di televisyen tempatan.


Di samping itu, dalam usaha memantapkan imej rangkaian “restoran untuk keluarga”, KFC Malaysia turut menganjurkan beberapa program menarik untuk meningkatkan pasaran produknya. Antara program berkenaan ialah mewujudkan kelab kanak-kanak yang dikenali sebagai Chicky Club (dulunya dikenali sebagai Kid’s Fun Club), mengadakan taman permainan kanak-kanak di restoran-restoran tertentu dan memperkenalkan produk makanan yang sesuai dengan selera kanak-kanak - Chicky Meals. KFC juga menawarkan perkhidmatan mengendalikan sambutan hari jadi di restorannya, yang menampilkan maskot ceria KFC - “Chicky” bersama seorang pengacara majlis yang akan mempersembahkan pelbagai acara dan permainan menarik. Jika ada ibu bapa yang berminat untuk mengadakan sambutan hari jadi anak mereka di KFC, mereka bolehlah menghubungi mana-mana restoran KFC berdekatan.

Dalam usaha menterjemah polisi syarikat agar KFC lebih dikenali masyarakat dan lebih bersifat mesra-pelanggan, beberapa kajian ke atas gelagat pengguna turut dilakukan oleh syarikat penyelidikan tertentu yang dilantik oleh KFC. Data dan keputusan yang diperolehi kemudiannya disemak oleh panel penyelidik dalaman sebelum dibentangkan kepada pihak pengurusan Kumpulan. Kaji selidik ke atas puluhan ribu responden rakyat Malaysia ini menjadikan KFC lebih memahami kehendak pelanggan dan penggunanya.

sumber : edisi blogger, Blogger Sharing, Wikipedia
Disediakan : Eddie Fadzwan Bin Adzman (SX120214CSRS01)